Ahad, Oktober 17, 2010

Fresh Cream Yam Cake


Order dari Rozie yg tinggal dekat jak..di Kobusak. Mula2 dia tempah dengan Lydia Homemade Cakes & Cupcakes tapi dia nda dapat buat so pass dengan aku. TQ pren bg aku rejiki. Kek 2kg ni tuk cousinnya. First time guna fresh cream..adusss lama tul kembang krimnya sampai panas mixer aku. Tapi hasil tunjuk ajar dr kawanku Erna, yg nda kedekut ilmu walaupun sdh larut mlm aku kol dia tanya itu ini pasal fc ni akhirnya berjaya jg la tapi belum sepenuhnya..huhuhu

Rozie komen dengan hantar sms keesokan harinya.."Tinie..yam kek ni sedap..cuma fresh creamnya tawar..overall memang ok. Aunty2 saya suka..". Sebenarnya deko di tepi2 tu aku guna BC memandangkan masih gagal guna fresh cream tuk deko. Ntah lah bila mendeko jadi cair pula .Brand yg aku guna adalah Anchor..memang tawar. Yam filing aku campur dengan buttercream..aku akui memang sedap dimakan begitu saja..heheh..well..thank you very much Rozie for the order. Kalau ko nda order Fresh Cream yam cake..sampai bila pun aku nda mencuba kan..Ermm next time bole cuba lagi. Practice makes perfect!

Isnin, Oktober 11, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU RAYS & FARAH 10.10.10

Tempahan dari kazenku Farah. Tema warna merah, putih, hitam. Tapi kek kawin ada dot2 pink psl mau ikut design yang di buat oleh Bake With Milla atas permintaan Farah sendiri. Thanx Milla for the permission untuk design kek kawin ni. Kek kawin bawah adalah kek coklat lembap manakala kek 2 stacked tu adalah kek keladi. Kalau ikut betul mau buat kek durian utk yg paling atas tapi kebetulan di saat2 akhir durian pula teda d jual. Langsat banyak lah. 25 cuppies dari coklat lembap jg tuk hantaran kawin dan tuk di susun d keliling kek kawin. Saja aku bagi lebih. Berniaga bukan just cari untung..bersedekah jangan lupa barulah berkattt...


Hantaran kek cawan setelah dihias oleh aku sendiri. Saja suka2 sebab aku memang suka menghias. hehehe

Orang Papar membuat titi,
Titi dibuat papan melintang,
Alangkah gembiranya rasa dihati,
Menengok abangku sudah pun datang.

hehehe..pantun diambil dr buku Kurik Kundi Merah Saga. Gambar yang di tag sendiri oleh Farah. Kalau tengok tulisan tu memang berbeza dr gambar yg di atas. Mula2 guna piping gel..selepas 2 jam gitu gel tu mula meresap dan merebak. Nasib baik aku belum tidur masa tu..so apalagi..kikis dan tampal guna nozzle daun. Panik.panik...
Komen Farah: Kek yem tu sedap..Krimnya pun sedap nda berapa manis. Next time aku order lagi..Anyway Thanx Farah kerana bagi kepercayaan tuk aku buat kek kawin yang pertama ni. Kalau ada kekurangan (memang ada pun..heheh) sori banyak2 ya. Budak baru belajar..


Ahad, Oktober 10, 2010

Happy Birthday Hadi n Harith!!

Sponge Cheese cake seberat 2kg lebih. Mula-mula kak yam mau order 2 biji. Yang 1 lagi kek yem. Tapi aku nda sanggup sdh sebab mau concentrate kek kawin lagi. Anyway thanx so much.

Selasa, Oktober 05, 2010

Cuppies for Mikhail


40 biji cup cakes di tempah oleh Sahlilah dari Nanda Insyirah.blogspot.com (kalau mau beli baju budak yang branded..lawatlah kedainya ni) promot jangan nda promot. Aku masih ingat katanya design terpulang sama aku. Dia bagi hint2 anaknya ni suka bola dan kereta. So, aku cari lah coklat kereta dan bola. Harap dia suka dan puas hati lah. Thank you very much Sahlilah.

Upin oh Ipin



First order dari Jufree..kazen asben ku untuk wifenya kak Ana. Yam kek juga ni. Mula-mula tu aku heran jg b'day wifenya tapi mau juga gambar Upin-Ipin. Ni sapa yang betday sebenarnya ni?? Kak Ana komen.."tini kenapalah ko buat kek Upin Ipin ni. Nda sempat aku bermake up..anak aku si Sandra mengamuk sampai tendang dinding nda sabar2 mau makan kek ni. Robohlah rumah kami ni." hahahah..patutlah abahnya minta gambar upin ipin..tapi sempat jugaklah kak Ana bergambar dengan kek ni dan upload dlm FB. Aku tengok dinding pun dah tukar corak. hahahah Sori kak lupa bagi lilin.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan


Last minute order dari Rozita (rakan fb). Di promot oleh Sahlilah (Nanda Insyirah.com). Thanx Sahlilah. Kira-kira jam 9 malam, 16 biji cup cakes baru ja masuk oven..dlm kepala pasni bole rehat dan tidur awal. Tiba-tiba lagu Melly Goslow berkumandang dari hp aku. Rozita mau order kek lapis Horlick Milo. Mau ambik esok untuk wedding anniversary. Waduh! bahan2 nda cukup nih! Lagipun lapis-melapis nih aku terpaksa jadi mak guard. Dia minta cadangan..kebetulan keladi baru siap rebus petang tadi..belum sempat keras lagi di peti sejuk. So, aku bg cadangan kek yem ja lah. Dia kata keladi ori ka? haah memang ori aku bilang. So apalagi...mula lah projek dan siap dalam jam 2 pagi. Nasib baik ari minggu. Btw..thankx Rozita. Harap-harap puas hati dengan kek ni. Jangan serik tempah dgn aku lagi ya.

Princess Barbie playing in The Rose Garden



Di tempah oleh Azlina. Second order tapi kali ni untuk anak buahnya. Actually kira hadiah belated birthday lah ni. CC ni aku buat dari butter cake memandangkan dia nda berapa suka kek coklat. Harap2 dia happy dapat kek ni dan jangan serik tempah dgn aku ya Lina.

Order dari Fini, rakan opis asbenku. Pinkish kek tu adalah Yam khas untuk anak buahnya. Yam aku guna ori dari Keladi Cina. Aku nda pakai yang ready made di jual kedai tu. Sebab kebanyakan customer aku akan tanya guna keladi ori atau perisa ja. So alang2 aku beli keladi cina (susah cari keladi ni..mahal lagi. dalam RM10 sekilo). Aku rebus atau stim pastu tumbuk dan simpan di freezer. Benda ni tahan lama dan ramai yang suka.

Sponge Cheese kek untuk Hari Jadi anak sulung si Fini. Saja mau sambut betday together2 dgn cousinnya. Kata si Fini, "cukup-cukup puas hati dengan kek-kek ni. Tapi Sponge Cheese Kek ni yang cepat habis sampai ada yang mau tapau bawa pulang". Anyway, thanx Fini. Nda ingat sudah berapa kali repeat order dengan aku.

Jumaat, Oktober 01, 2010

Cup Cakes with simple Deco

Order last minute dari macik ku untuk katering di Jabatan Kesihatan katanya. Mula-mula tu mau tempat Tat Buah. Waduh bukan kepakaran ku macik ku. Aku serah pada Lydia Homemade n Cupcakes, mungkin sudah rezekinya. Tolong2 kawan org bilang. Lydia kata ok..tup..tup sehari sebelum nda jadik pulak. Dia terpaksa balik kampung mertuanya mau naik haji. Pikir punya pikir ini lah hasilnya setelah mendapat keizinan dari tuan punya badan yang menempah. Nda pa lah..kalau ada masa terluang aku mau belajar buat Tat Buah. Anybody volunteer..???

Cheezzzyyy cakes


Repeat order dari Zamri lagi...Thank you bos. Ni kali sponge cheese cake with edible image. First time org minta spancis kek dengan imej ni. Well Done! I like la..Kek nampak gebus2 gitu cam bulu kucing. heheheh. Ni kali lah kalau makan banyak lemak pun berlipat-lipat.

Chocolate Moist yum..yum..sooooo...moist



Kek dengan Barbie dan Ben10 image di atas sekali di tempah oleh Kak Jiah, iparku. Bilangnya mau bagi budak2 sekolah di SRK Petagas. Mesti happy kan mereka dapat kek ni. Terima kasih kak coz selalu sokong produk aku.

Ben 10 lagi. Repeat order dari Zamri dari Bank Islam. Saja aku standby tempah banyak2 imej Ben10 ni. Sebab laris macam goreng pisang panas beb! Stok imej yang besar sudah habis, yang saiz cc pun boleh lah kan. Lagi banyak aksi Ben10 kan..kan..kan..

Happy 47th Birthday Daddy


Repeat order dari Nonie staf SKM. Kali ni Marble Chocolate Cheese Cake yang menjadi kegilaan ramai. Kira HOT SELLING lah ni. Biasanya aku akan buat corak marble di seluruh kek ni. Tapi kali ni berbeza. Buat kelainan skit dengan tambah tulisan yg di minta c Nonie. Jadi lepas masak just tambah Glacing Gel jak. Ermmm..ok jugak kan. TQ ya Nonie.