Ahad, Oktober 02, 2011

cuci mata..



Tempahan Edza...TQ pren.








Ni kek Durian fresh cream dan cuppies cmc khas untuk darling ku sempena betdaynya dan ulang tahun perkahwinan kami ke 8. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Salam pagiiii.....Kalau takut dilanggar ombak jangan berumah di tepi pantai

Assalamualaikum semua...hari ni jam 10am hari isnin 03 Oktober 2011. Perasaan Marah ada..geram ada..hairan pun ada dengan manusia2 yang sombong ni. Pagi2 datang kerja jam 7 lebih besalah terus cek fb tengok status2 dan gambar2 yang di upload geng2 fb ni. Mana yang patut di komen..komenlah (yg bagus2 punya ja tau). Kalau ada gambar2 menarik terutama kek..mana yg menarik kita puji..kadang2 mana yang tak pernah kita buat kita tanyalah harga kek berapa dia caj. Ya lah..walaupun saya ni kek baker..saya juga menempah kek yang saya tak buat dari bakers lain. Bukan apa..aku ni kerja full time..nak buat kek sendiri takda masa..aku pun still beli bun atau kek di multi bake.

Jadi ada 1 kek ni aku tanya lah brp harga dari kawan fb ni..tau apa dia pm aku balik? ni korang baca..

salam
u shud charge ikutlah berapa harga modal you kan, of course you know how to calculate the costing... kos bahan mentah kan tak sama utk satu2 tempat...ok. or you can always ask your sifu..ok..tq..:-):-)
  • ni jawapan si Hartini Taman (simple je..)
    • waalaikum salam..terima kasih atas jawapan yang panjang tu. saya cuma nak tau RM je koz saya tengok buah atas kek tu banyak. Walaupun saya cake baker tapi saya juga tempah kek yg sy tak buat drp bakers lain..


  • Kawan2 yang tersayang, cuba korang fikir. Kalau aku ni betul2 mau beli kek dia mana tau tuk kawan seopis ka..kebetulan aku x dpt terima tempahan..tempah tuk kawan di Semenanjung ka...aku sebagai customer pun bole lari cari bakers lain. Hish! aku first time dapat mesej camni. Ada juga baker hebat tak takut atau tak segan pun bagi tau harga kek dia RM 800.00. Kalau memang berbaloi dan barang mahal..mau buat mcm mana lagi.

    ni ha..dia baru jawab....

    haha, tak panjang tu... yg penting kira costing, modal kita keluarkan berapa... lagipun kita berbeza tempat dan negeri, byk beza kos bahan mentah...
    satu lagi saya dah serik, berapa yg saya cakap, ada gak bakers lain yg buat mulut tentang harga kek saya...so, sesiapa tanya saya akan jawab yg sama, kira costing sendiri...
    kita nak cari rezeki bukan nak buat musuh, tapi ada yg ada PHD... tu yg saya takut... yg penting ALLAH yg beri rezeki kan...
    ok tini...salam



    ermmm...saya tak jawab mesej dia ni..tapi mana tau dia sesekali ziarah blog aku ni lah jawapannya.

    Bukan semua manusia PHD. Bukan juga senang nak dapat PHD ni... Kalau takut dilanggar ombak jangan berumah di tepi pantai. Ini adalah adat berniaga. Peduli apa orang kata. Yang penting apa orang tanya..jawab seelok-eloknya jangan sampai mengguriskan perasaan orang. nanti dikata sombong pulak. Dulu aku jurusan Dip. perakaunan..tak payah ajar aku bab costing..management semua nih.

    OK lah..mau sambung kerja pulak. Jap g team audit kewangan dari HQ mau dtg. Bubye...