Selasa, April 26, 2011

Hari Ibu

Happy Mothers day bakal menjelma..sebagai menghargai jasa ibu anda yang membesarkan anda dengan penuh kasih sayang...buat lah tempahan kek sekarang daripada Alya's Homemade Cakes House. Kami menjanjikan yang terbaik untuk anda...ramai yang bertanyakan samada buttercream yang saya buat manis kah? emak saya ada diabetes....no no no...jangan risau! nda manis punya..Setiap kunyahan yang anda nikmati tidak akan menimbulkan keresahan tentang masa depan anda. cewah!

Saya sukakan gambar ni..mengingatkan kampung halaman...pagi subuh orang sudah turun putung getah.sambil hirup udara segar, badan sihat..cergas. ermm...ni iklan ja ni mau kasi cuci2 mata dulu.

Ahad, April 24, 2011

Sambung lagi..

Antara kek2 yang sempat di ambik gambar. Mana yg nda sempat tu minta sori yeerr..

Tempahan Eja, staf praktikal di opisku.

Kek Syasya lagi...terima kasih banyak2 pada mama syasya.



Yam fc with buttercream roses by Fenny, JIM. TQ


Syasya cuppies..eh nda abis lagi kek nya ni. Sebenarnya mamanya tempah 2 tiers cmc dan yam steambc, 1 cmc dan yg ini 25 cuppies. Happening tul betday nya di Marrybrown tu.

Tenpahan by my fb fren, Judith Felix. Katanya, sampai berebut budak mau ambik kek ni. TQ Judith.


Khamis, April 21, 2011

yang biasa-biasa saja

Biasanya blog ni akan aku update selepas aku post kan gambar kek terbaru di dalam fb. Namun hanya ini yang sempat di upload semalam memandangkan line ternet yang eeeee....macam aku mau ampas ja laptop tu. Sabar2 ja lah kamu ah..

1st order from Fenny, x opismate di Jab. Imigresen. Gambar keknya belum di upload donk. FYI, ramai rakan2 ku di Imigresen buat tempahan kek dengan AHCH. tu lah namanya friends forever, walaupun sudah 7 tahun aku tinggalkan JIM tetapi kek lah yang mendekatkan kita. MMMuuahhh!
Salam semua..Alhamdulillah sehingga kini Allah masih mengekalkan kesihatan aku untuk terus menyahut tempahan demi tempahan kek dan cup cake. Bulan ni aku ada buat jualan cupcake di pejabat memandangkan kami merupakan pusat latihan koperasi jadi ramailah peserta kursus yang datang. Cup cake juga ada dijual di Sekolah SK Petagas atas bantuan iparku. Terima kasih banyak2 kak Jiah. Target ku hanya satu, mahu memperkenalkan Alya's Homemade Product! Mudah-mudahan selepas ini akan ada lagi tempat-tempat yang menarik untuk dipromosikan.

Kadang2 tu biarpun terpaksa berjauhan dengan suami dan anak buat seketika walaupun di seberang laut atas dasar tanggungjawab sebagai penjawat awam..namun panggilan telefon atas sebab tempahan sedikit sebanyak membangkitkan semangat untuk terus maju dalam karier dan juga bisnes. Aminn..Terima kasih yang tidak terhingga pada Abang, Akim dan Alya . Keluarga adalah tulang belakang ku.

Sabtu, April 09, 2011

Happy 3rd Birthday Syasya..

Terima kasih banyak-banyak pada Fidah atas tempahan kek 2 tiers (cmc dan yam with steambc), 25 biji cmc cuppies dan 1 lagi cmc (belum sempat upload gambar). Nda sangka pula warna biru kek permintaan fidah ni sebijik macam baju si Syasya ni. Anyway, buat kek cartoon artwork ni sangat mencabar sebab aku nda da basic lukis guna bc ni. Harap2 Fidah puas hati sebab Dora ni mcm rupa anaknya..bulat2, tembam hehehe. Semoga Syasya jadi anak baik dan berjaya dalam hidup ok. Gambar kek yg satu lagi tu tunggu....

Jumaat, April 08, 2011

100 cc tempahan Dahlia

Terima kasih Dahlia. CC ni untuk kenduri cukur jambul...katanya sedaaaapppp

HAPPY 2ND BIRTHDAY MY DAUGHTER ALYA

Selamat hari jadi cayang mama..semoga jadi anak yang baik dan berjaya dalam hidup. Amin..
Sambut sekali dengan pacik dan maciknya yang lahir pada bulan yang sama, Mac.
kek aiskrim pertamaku...nyaman eh!


mmmmm....nyum..nyum...


Alya dengan abang dan kazen2nya..