Rabu, Jun 30, 2010

My first Yam Cake


Nah ini dia Kek Keladi khas untuk mama tersayang. 53 tahun sudah umurnya. Memandangkan aku rasa tercabar oleh kawan2 ku di FB menyuruh aku buat kek yem, jadi buat lah juga. Yalah kan, orang tua-tua ni mana boleh makan yg manis2. Makasih ya mak atas segala pengorbanan yang diberikan kepada kami adik beradik dan yang paling utama dapat jaga anak2ku dengan penuh kesabaran. Mmmmuaaah!

Sabtu, Jun 26, 2010

Ole..Ole..Ole..Ole..


Demam World Cup bermula! Sponge Cheese Cake  atas permintaan hubby siap bagi ramalan 4-0 lagi sama Argentina vs Brazil. Kalau diteliti ada rumput yg saya buat guna teknik 3D. Pasal apa? pasal bila pakai nozel rumput yg kecik jadi rumput keriting la pulak nda mau berdiri mcm mi halus pulak. Hubby ku bilang mcm rumput paya. hahahah..begitu rupanya rumput paya.  Eeee..tu lah kelemahan aku ni. Mau cari nozel yg sesuai pas ni.

Jumaat, Jun 25, 2010

Tempahan dari Doktor...aku pun nda tau sapa namanya. Sudah beberapa kali dia order melalui macik aku. Tapi kali ni dia mau 2 resipi. Berat ooo.. ini kek. Timbangan aku pun nda bole baca. Tapi dijangka 2.8kg sebab 1 resipi 1.4kg. Thanks ya.
Masih…jelas diminda…
Bisikan suaramu memanggil…
Di situ langkahku bermula…
Mengejari cita kau di sisi….
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih…

Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…

Guru… ibarat pelita…
Sentiasa menyinar kamar hidupku…
Guru…kau pewaris ilmu…
Mendidik diriku…hingga ku berjaya.. ..
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih…


Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…

Andai diberi peluang
Inginku terbang tinggi di awangan…
Kan ku petik bintang-bintang…
Ku jadikan hadiah untukmu…
Moga Tuhan merahmatimu…
Terima kasih…

Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…



2 biji kek ni atas permintaan Cigu Reginna. Katanya mau sedekah sama anak muridnya pada hari Jumaat ni. Bagusnya kalau semua cigu macam dia ni, anak murid pun sihat gebu macam cigunya. Heheh.. Gambar kek coklat tu gelaplah pulak mentang-mentang dia cukulet. Maklum sajalah guna kamera handphone. Anggap saja blackout ya. Anyway, terima kasih gink. Duit baki masi sama aku ah. Jgn lupa ambik.

Selasa, Jun 22, 2010

Happy Father's Day

Tempahan dari kawan kepada Cigu Reginna. Punya lama kami nda jumpa since form 5 thn 1995. Nah kau...kek ini lah yang akan mempertemukan kami. Biarpun bila di tinguk dari sisi depan mcm nda berapa bulat..bujur jauh sekali. Tulisan lagi..ya ampun...geram aku tgk. Tapi nda pa lah cigu..aku jamin SEDAPP! Hiasan tu bole diperbaiki lagi. Jangan serik tempah sama aku lagi ya.

Sabtu, Jun 19, 2010

Kek Coklat Lembap Barbie Doll

                                                                                             
Ini tempahan daripada si Jaibit rakan sepejabat khas untuk satu-satu anak perempuannya. Kek Barbie Doll coklat moist. Thanks ya. Len kali order lagi.

Ben10 lagi...

 
Ben 10 lagi daripada kek Marble Choc Cheese Cake juga. Tempahan daripada Rosliza, bos hubby ku. Dia ni kira pelanggan tetap Cheese Cake tapi kali ni berbeza pasal ada edible image. Thanks banyak2 ya kak Liza sebab bagi sokongan selama ni.

Rabu, Jun 16, 2010