Selasa, Disember 20, 2011

Haluuu...

Assalamualaikum...rasanya sudah lama saya tidak 'bersiaran' di blog ni kan..sori la kawan2. Nda pa yg penting baking kek tatap jalannn...

Ari ni saya mau cerita sikit sambil-sambil promot blog kawan baru ni. Banyak-banyak blog masakan kan..yang ni yang paaaaaaalllllliiiiiiing saya suka dari segi penampilan..gambar-gambar yang menggiurkan, background yang sesuai dan yang penting tulisan yang besar dan amat sesuai untuk mataku yang rabun hehe. Kamu mau tau ...... suka betul saya tengok kek-kek yang dibuatnya..cantik-cantik, kreatif lagi tu. Biar pun resipinya agak komplikated tapi dia berjaya menghasilkan kek yang lazat-lazat.. Betul ni nda bohong. hehehe..jemput-jemput la datang rumah beliau di alamat http://fromintankitchen.blogspot.com/ 

na kan..ada sudah yang mula ambik tisu lap air liur. hahahah

Ahad, Disember 11, 2011

Sponge Cheese Cake tempahan Kak Zety dari Bori Angkasa.



Isnin, Disember 05, 2011

Aku suka kek ni...tapi sdh lupa kek apa dan siapa yg order. Apa-pun terima kasih.
Tiramisu tempahan Rohaida. TQ.

Oreo Cheese cake. First time buat kek ni hasil daripada penggooglelan resipi yang mudah dari internet. Kek ni aku buat masa Hari Raya Raji bulan lepas. Kek ni sedaaaaappppp..biasanya mau dekat habis tinggal cebisan yang terakhir rasanya bertambah2 sedap lagi. Itu maknanya suru buat kek lagi....sapa mau order silakan.. 



Ahad, Oktober 02, 2011

cuci mata..



Tempahan Edza...TQ pren.








Ni kek Durian fresh cream dan cuppies cmc khas untuk darling ku sempena betdaynya dan ulang tahun perkahwinan kami ke 8. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Salam pagiiii.....Kalau takut dilanggar ombak jangan berumah di tepi pantai

Assalamualaikum semua...hari ni jam 10am hari isnin 03 Oktober 2011. Perasaan Marah ada..geram ada..hairan pun ada dengan manusia2 yang sombong ni. Pagi2 datang kerja jam 7 lebih besalah terus cek fb tengok status2 dan gambar2 yang di upload geng2 fb ni. Mana yang patut di komen..komenlah (yg bagus2 punya ja tau). Kalau ada gambar2 menarik terutama kek..mana yg menarik kita puji..kadang2 mana yang tak pernah kita buat kita tanyalah harga kek berapa dia caj. Ya lah..walaupun saya ni kek baker..saya juga menempah kek yang saya tak buat dari bakers lain. Bukan apa..aku ni kerja full time..nak buat kek sendiri takda masa..aku pun still beli bun atau kek di multi bake.

Jadi ada 1 kek ni aku tanya lah brp harga dari kawan fb ni..tau apa dia pm aku balik? ni korang baca..

salam
u shud charge ikutlah berapa harga modal you kan, of course you know how to calculate the costing... kos bahan mentah kan tak sama utk satu2 tempat...ok. or you can always ask your sifu..ok..tq..:-):-)
  • ni jawapan si Hartini Taman (simple je..)
    • waalaikum salam..terima kasih atas jawapan yang panjang tu. saya cuma nak tau RM je koz saya tengok buah atas kek tu banyak. Walaupun saya cake baker tapi saya juga tempah kek yg sy tak buat drp bakers lain..


  • Kawan2 yang tersayang, cuba korang fikir. Kalau aku ni betul2 mau beli kek dia mana tau tuk kawan seopis ka..kebetulan aku x dpt terima tempahan..tempah tuk kawan di Semenanjung ka...aku sebagai customer pun bole lari cari bakers lain. Hish! aku first time dapat mesej camni. Ada juga baker hebat tak takut atau tak segan pun bagi tau harga kek dia RM 800.00. Kalau memang berbaloi dan barang mahal..mau buat mcm mana lagi.

    ni ha..dia baru jawab....

    haha, tak panjang tu... yg penting kira costing, modal kita keluarkan berapa... lagipun kita berbeza tempat dan negeri, byk beza kos bahan mentah...
    satu lagi saya dah serik, berapa yg saya cakap, ada gak bakers lain yg buat mulut tentang harga kek saya...so, sesiapa tanya saya akan jawab yg sama, kira costing sendiri...
    kita nak cari rezeki bukan nak buat musuh, tapi ada yg ada PHD... tu yg saya takut... yg penting ALLAH yg beri rezeki kan...
    ok tini...salam



    ermmm...saya tak jawab mesej dia ni..tapi mana tau dia sesekali ziarah blog aku ni lah jawapannya.

    Bukan semua manusia PHD. Bukan juga senang nak dapat PHD ni... Kalau takut dilanggar ombak jangan berumah di tepi pantai. Ini adalah adat berniaga. Peduli apa orang kata. Yang penting apa orang tanya..jawab seelok-eloknya jangan sampai mengguriskan perasaan orang. nanti dikata sombong pulak. Dulu aku jurusan Dip. perakaunan..tak payah ajar aku bab costing..management semua nih.

    OK lah..mau sambung kerja pulak. Jap g team audit kewangan dari HQ mau dtg. Bubye...


    Rabu, September 28, 2011

    SELAMAT TINGGAL SYAWAL. PANJANG UMUR JUMPA LAGI TAHUN DEPAN.

    Aduhhh..penyakit malas mula melanda diri. Minggu ni kurang tempahan dan mungkin disebabkan saya juga kurang buat promosi. Bukan apa..terasa penat sangat2 bila balik kerja terus masuk dapur..capai mixer..ambik penimbang tepung, keluarkan cheese, pecahkan telur dan macam2 lagi la. Time tu pakaian kerja belum tukar lagi..lain lagi anak2 minta itu..minta ini..cuci pakaian..masak..kemas rumah... semalam sampai rumah jam 6 lebih..solat..mandi dan tengok jam ada bbrp minit lagi jam 7pm. zzzzzzzzzzzzzzzz..wah..ini rekod ni. Nda pernah tidur seawal ini. Tapi tidak lah nyenyak sangat..mana tidaknya anak2 request mcm2. heheh.. jam 8pm bangun balik kasi tuition anak. heheh saya dulu jadi guru tuition juga tau. Sekarang ni ngajar anak sendiri la (kalau xda tempahan kek)..jimat skit belanja.:)

    E eh..kenapa dik? jangan pula nda jadi tempah kek dengan saya. Saya memang sentiasa terima tempahan. Itu hanya serba ringkas kehidupan saya. Bukan merungut..itu jalan yang saya pilih. Hobi kan..Alhamdulillah..Allah masih pinjamkan saya tulang 4 kerat ni utk saya tambah rezeki. Ramai bakers bisnes part time buat kek cam saya..cuma Saya jarang upload gambar kek sebab saya hanya upload design kek yang len dr yg len. Wassalam..

    Ahad, September 18, 2011

    Hari ke-23 Syawal 1432

    Ya..sudah 23 hari kita menyambut Hari Raya Aidilfitri..baru kali ini aku sempat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Andai ada kata-kata yang kurang menyenangkan pada entri-entri yang dipaparkan dalam blog ku ini, maafkan aku ya. Kata-kata yang menyinggung perasaan kastemer, ada yang nda puas hati tentang produk Alya's homemade Cakes House..maafkan daku. Aku hanya manusia baru belajar dan sentiasa mempelajari dan memperbaiki kekurangan diri.

    Well..well..well..aku belum berkesempatan mengupload gambar2 kek terbaru. Entah bila lah ada masa terluang. Bila ada peluang pulak internet pula slow tahap gaban. Harap bersabar ya..oh ya..kelas akan bermula bulan Oktober 2011. Sesiapa yang berminat untuk mempelajari baking kek, decoration, petua-petui dan apa2la berkaitan kek..sila-sila lah contact saya. Berikut adalah jenis2 kek yang saya ajar:

    My Private baking Class (Fee is per head)


    Sponge cheese cake RM 90.00

    Marble Chocolate Cheese cake RM 120.00

    Baked Cheese cake with Marie based RM 100.00

    Chocolate Indulgence Cake RM 150.00

    Barbie Doll Cake RM 150.00

    Chocolate Moist Cake RM 100.00

    Fresh Cream Yam cake / fruit cocktail RM 90.00

    Buttercream Yam cake with deko RM 150.00

    Carrot Walnut cheese cake RM 120.00

    Tiramisu cheese cake RM 150.00

    Cup Cake RM 150.00

    • Anda akan bawa balik hasil kek anda.

    • Kelas pada hujung minggu (Sabtu/Ahad)

    My location: Taman Penampang Fasa 2s

    My Number : 0168132537


    Masa mula-mula aku belajar baking n deko kek, berkali-kali juga berfikir mau ikut..nda..mau ikut..nda..ya lah kan..harganya bukan calang2. Tapi bila kita sudah attend kelas barulah kita tahu apa bezanya dengan kelas kek biasa yang kita hanya boleh mendengar celoteh sifu dan melihat cara-cara membuat kek. Bayaran murah dan nota diberi. Bila balik rumah sudah lupa walaupun ada buat note. Kadang-kadang tu tulisan sendiri pun nda paham. hahaha (aku lah tu). Jadi renung-renungkan..







    Ahad, Ogos 07, 2011

    Kek Microphone tempahan Bayo Pictures

    Marble chocolate cheese cake seberat 2kg++ tempahan pertama Bayo Pictures.. Thanx kerana sudi order..

    Rabu, Ogos 03, 2011

    Antara jenis kek tempahan Aidilfitri..Cepattt jangan terlepas!!

    Kek batik
    Kek Batik coklat
    Kek Coklat Lembap
    Marble Cheese Brownies
    Kek Pisang
    Sponge Cheese Cake
    Kek Marble (butter)
    Butter cake Cuppies (min 25pcs)
    Coklat Cuppies (min 25 pcs)
    Coklat cheese cuppies (min 25 pcs)

    nak tau harga spesel hubungi saya 0168132537

    Isnin, Ogos 01, 2011

    Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

    Salam kawan2..Ramadhan datang lagi. Jalanilah ibadah puasa dengan hati yang ikhlas dan penuh keinsafan. Mudah-mudahan segala yang kita lakukan dan perolehi mendapat keberkatan daripada Nya.  Sebelum Raya menjelang..ni aku mau promot sikit2. Sesiapa yang berminat mau temph kek atau biskut (mak aku yg buat lah)..sila-sila jangan malu jangan segan-segan tempah awal-awal karang sudah fully booked..menangis nda berlagu..


    Rabu, Julai 27, 2011

    Kek hantaran Mazreen

    Tempahan Mazreen untuk hari pertunangannya. Dapat nombor hp dari mudah.com dan dia mau kek macam yang aku buat sebelum ni cuma kasi beza sikit designnya. Orangnya nda cerewet, semua design terpulang pada akak, katanya. oo..patutlah Mazreen ni lelaki. Anyway tahniah Mazreen, ada jodoh kahwin nanti tempah dengan kak lagi ya.. Kek ni kek coklat..

    Selasa, Julai 26, 2011

    Kelas buttercream n decoration

    Kelas ke-2 yang dihadiri oleh Shamsiah geng seopis ku. Dia ni cepat tangkap apa yang diajar..kedua-dua teknik buat ros pun dia sdh khatam siap transfer ros bc menggunakan gunting lagi.. Dan inilah hasilnya...dia rancang mau ambik 3 kelas lagi akan datang..TQVM Chia!



    Selasa, Julai 19, 2011

    Layan je lah yer...

    Tempahan Nonie staf SKM. Sponge Cheese Cake 1.5 kg.

    Birthday anak buahku. Amy


    Kek tempahan kak Zety dari Angkasa..

    Kelas Tiramisu Cheese Cake

    Kelas kedua bagi tahun ini. Shamsiah rakan seopis ku. Dia buat kek ni sempena hari jadi asben nya. Supriseee!!! Thanx Chia..

    Isnin, Julai 04, 2011

    Haluuuu...

    Sudah lama aku nda update blog ni pasal card reader binasa org burnei bilang. Jadi diringkaskan cerita mari kita menjamu mata di cni...

    Tempahan kazen c Erna untuk hantaran tunag sebelah lelaki dan perempuan. Yam cake with steambuttercream dan hiasan fondant. Tekejut juga masa tengok kek ni pagi2 bangun tidur sebab ada sedikit rekahan di buttercreamnya mungkin keberatan menampung berat fondant tu. tu pasal tambah tali fondant untuk mengcover kecacatan tu. Thank you Erna kerana rekomen kek aku pada kazen mu. Kalau ada jodoh kawin next year tempah kek kawin ngan aku pulak k. heheh


    Tempahan Flory lagi. Ini tempahan kedua beliau dari kota Marudu. Hanya SMS dan nda pernah dengar suara di telefon. Kek diambil oleh adiknya dan sekali lagi Flory mengirimkan kain cotton untuk aku. Terharu aku dengan kastemer aku sorang ni. TQVM Flory..

    Tempahan Mel..thank you..


    2kg chocolate moist cake dari Alice frm Labuan. First time guna teknik ni..berjaya jg walaupun nda smooth kartunnya..bole d coba lagi dong.. Thank you alice


    TEmpahan dari staff Smile orthodontic, c mila. Fruit cheese cake..TQ



    Cuppies coklat moist with freshcream tempahan Lin dari ROS. TQ

    Selasa, Jun 21, 2011

    Happy 5th Birthday Putra

    Chocolate Cheese Cup Cake. Hanya ini yang sempat c Rohaida snap.

    Thanx fren.

    Ahad, Jun 12, 2011

    Tempahan Rohaida..Butter Chocolate Cheese Cake with cream cheese frosting. Katanya cup cake flavour ditempah sebelum ini x cukup..nasib baik ada nama masing2. Ermm..x sempat ambik gambar cuppies yg ari tu..kelam kabut punya pasal.
    Chocolate Moist cake tempahan Shamsiah. TQVM.


    First time jumpa dalam lift..terus Dorothy ambik order Carrot Walnut Cake with Cream cheese frosting. Thanx Dorothy.


    Tempahan Rozilah..nak yg sama dengan tempahan Aima sebelum ini.


    Pandangan jarak dekat..Terima kasih bu Zilah..x opismate aku juga ni time di bhg Pas & Visa..


    Tiramisu...lama sudah mau cuba buat ni sampai termimpi-mimpi..nyum2 sedap..nda nyesal aku buat tuk makan2 sendiri.

    Isnin, Jun 06, 2011

    Sambungan dari kek nombor 2..tempahan iparku..




    Tempahan Christopher sempena kaamatan. Katanya.." sy suru kakak sy simpan baki kek ni di esbok..tau2 durang kasi habis..semua durang kesedapan.."

    Tempahan Flory dari Kota Mrudu. Dia sempat bagi saya sepasang kain dan kerongsang. Serba salah pulak mau ambil. anyway TQVM Flory. SMS beliau " kak, kek bukan saja cantik tapi sedaaapp, mau tempah lagi tuk bulan Jun'.

    Tempahan macik ku untuk kastemernya.


    Tempahan kak Anisa..x opismate aku time di Jab. Imigresen bhg Pas Visa..

    Mana2 kek yang tiada..sori la..gara2 kelam kabut nda sempat snap. Anyway, sokongan kamurang amat sya hargai. Segala puji2an berikan saya semangat untuk tingkatkan kualiti, dekorasi dan kekalkan kesedapan produk saya. MMmmuahh!